rel='shortcut icon'/>

Selasa, 29 November 2011

Martin L Hoffman

Biografi
Martin L. Hoffman merupakan seorang Profesor Psikologi di Amerika dan Profesor Emeritus Perkembangan Psikologi dan Klinikal di Universiti New York. Hoffman mendapat pengajian ijazah pertama di dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Purdue pada tahun 1945. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Psikologi di Universiti Michigan pada tahun 1947 dan mendapat Doktor Falsafah Psikologi Sosial di universiti yang sama pada tahun 1951. Pada tahun 1960-an, beliau telah menjadi editor Jurnal Perkembangan Psikologi dan menyelia penukaran daripada surat berita kepada jurnal akademik. Beliau juga merupakan ahli di dalam Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains dan Persatuan Psikologi Amerika.
Hasil kajian beliau sebahagian besarnya mempunyai kaitan dengan perkembangan empati dan hubungannya dengan perkembangan moral. Kajian beliau juga turut menyentuh mengenai bidang-bidang seperti empati, simpati, perasaan bersalah dan perasaan keadilan. Beliau  telah mengemukakan teori berkaitan dengan empati yang melibatkan aspek perasaan moral. Teori ini bukan sahaja melihat kepada aspek keputusan, penaakulan dan tingkah laku moral tetapi juga melibatkan perasaan dan emosi seseorang.
Hoffman juga ada menerangkan perlakuan sosial iaitu perlakuan yang biasanya akan dilakukan oleh seseorang mempunyai sikap empati di dalam diri. Perlakuan sosial dan empati amat berkait rapat dalam perkembangan moral seseorang individu.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Total Pageviews